VISITOR NO
 ski Counter
SEARCH ARCHIVES
SHOUTBOX!
|
 |
Sunday, January 27, 2008
JELATANG, BIBLE & KEBENARAN
JELATANG, BIBLE & KEBENARAN
Alhamdulillah, sudah lama tidak menulis, semangat untuk menulis datang kembali. Memang susah untuk beristiqamah dalam sesetengah perkara. Maaf kepada pembaca yang menunggu sekian lama. Sebelum menulis topik-topik yang lebih mendalam, saya terpanggil untuk memberi pendapat kepada sebuah tulisan yang ditulis diblog 'Satuhala'. Posting yang bertajuk 'Drama Jelatang & Bible....Apa Kaitannya?' inilah yang akan dibincang pada posting kali ini.Penulis 'Satuhala' adalah seorang yang berilmu. Saya secara peribadi berasa kagum dengan ilmu yang ada pada beliau. Banyak ilmu baru yang diperolehi ketika membaca blog tersebut.Namun sesiapa saja tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sebagai manusia juga, kita kadang-kala bertindak tidak adil kepada orang lain tanpa kita sedari. Sebelum meneruskan pembacaan, diminta pembaca terlebih dahulu membaca posting diblog 'Satuhala' kerana saya akan banyak merujuk kepada posting tersebut. KLIK Sememangnya saya akui bahawa dialog yang digunakan dalam drama Jelatang tersebut mempunyai ayat dan maksud yang lebih kurang sama dengan ayat yang terdapat di dalam Gospel of Luke 11:11-12. "Which of you fathers, if your son asks for a fish will give him a snake instead? Or if he ask for an egg, will give him a scorpion?" Alhamdulillah saya bersama seorang sahabat saya mendapat peluang yang sangat berharga kerana telah berkesempatan untuk bersemuka dengan penulis skrip drama Jelatang ini. Pada pertemuan itu, penulis skrip tersebut menceritakan latar belakang,kisah hidup beliau dan juga apa yang dihadapinya kini. Saya tidak dapat menceritakan apa yang berlaku semasa duduk berbincang dengan penulis skrip tersebut atas dasar amanah dan menjaga kehormatan beliau. Dipendekkan, setelah mengetahui kisah sebenar dan keadaan yang dihadapi beliau, saya tanpa ada sedikit keraguan merasakan ketidakadilan telah menimpa penulis skrip ini. Posting di dalam blog 'Satuhala' telah membuatkan pekerjaan penulis skrip ini digantung oleh stesen televisyen yang menyiarkan drama Jelatang. Tahukah bahawa penulis skrip ini merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak?Tahukah bahawa dengan menulis skrip beliau menyara dua orang anaknya? Dan dengan rezeki ini juga penulis skrip menghantar anaknya ke sekolah agama dengan harapan anak-anaknya akan menjadi Muslim yang beriman. Namun yang paling penting sekali, adakah penulis 'Satuhala' mengetahui dan mencari kebenaran terhadap apakah keadaan sebenar yang berlaku sebelum penulis 'Satuhala' membuat keputusan untuk menulis posting tersebut? "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan" - Al Hujraat ayat 6 Ditegaskan oleh Allah S.W.T supaya kita menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu akan kebenarannya agar kelak kita tidak menyesali tindakan yang dilakukan. Ini lebih menyedihkan jika kita membuatkan orang lain berada dalam kesusahan. Saya percaya penulis blog 'Satuhala' merupakan seorang yang sangat prihatin. Walaupun posting tersebut tidak merujuk kepada sesiapa, orang yang mendapat kesan posting tersebut adalah penulis skrip tersebut. Penulis skrip tersebut adalah seorang Muslim yang berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik, sama seperti kita semua. Daripada blog 'Satuhala' hinggalah kepada forum Cari.com ramai yang mengatakan ini adalah dakyah Kristian. Lebih menyedihkan penulis skrip tersebut telah dituduh sebagai Kristian yang mahu menyebarkan dakyah Kristian hanya kerana posting tersebut. Adakah di dalam Islam kita dibenarkan menuduh saudara sesama Muslim menyebarkan dakyah Kristian? Tidakkah sama seperti kita menuduh saudara kita itu sebagai kafir? Ingatlah, janganlah kita sewenang-wenangnya menuduh mana-mana Muslim sebagai kafir kerana kebenarannya adalah, samada yang dituduh benar-benar kafir atau yang menuduh itu yang kafir. Jika ditanya adakah penulis skrip tersebut diberi keadilan disini? Saya menjawab tidak! Penulis 'Satuhala' berasa amat kecewa kerana ramai pembaca postingnya yang membuat kesimpulan secara melulu tanpa membaca keseluruhan posting tersebut. Saya dan penulis 'Satuhala' juga (saya percaya) berasa amat kecewa jika sesuatu perkara itu dibuat kesimpulan terlalu awal tanpa mengetahui hal sebenar. DISIPLIN ILMU ISRAELLIYAT Ayat Gospel of Luke 11:11-12 yang telah digunakan tidak membawa apa-apa masalah kerana DUA ayat yang digunakan dalam drama tersebut menunjukkan kasih sayang seorang ibu/bapa kepada anaknya. Adakah dengan menggunakan ayat ini membuatkan akidah boleh terpesong? Jika satu ayat di dalam Bible diambil dimana ayat itu mengatakan "Janganlah mencuri!", adakah aqidah kita akan terpesong kerana menggunakan ayat tersebut? Jawapannya tidak, kerana Al-Quran & Sunnah bersetuju bahawa manusia tidak sepatutnya mencuri. Sama halnya di dalam kasih sayang seorang ibu/bapa.
"Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami." (Sahih Bukhari, Hadis 4485) Hadis di atas menunjukkan secara jelas bahawa Muslim tidak boleh mempercayai Ahli Kitab (Yahudi & Kristian) dan pada masa yang sama kita tidak boleh menolak secara penuh terhadap apa yang dikatakan mereka. Ini kerana terdapat apa yang dipetik daripada kitab-kitab mereka, disokong oleh Al-Quran & As-Sunnah.
Hadis riwayat Abdullah bin Umar: Dia berkata: Bahawa seorang lelaki dan perempuan Yahudi yang telah berzina dihadapkan kepada Rasulullah S.A.W. Lalu berangkatlah Rasulullah S.A.W sampai beliau bertemu dengan orang-orang Yahudi dan bertanya: Apakah hukuman yang kalian dapatkan dalam Taurat bagi orang yang berzina? Mereka menjawab: Kami akan mencorenghitamkan muka keduanya, lalu menaikkan keduanya ke atas tunggangan lalu menghadapkan mukanya masing-masing kemudian keduanya diarak. Baginda bersabda: Datangkanlah kitab Taurat, jika kalian benar. Kemudian mereka membawa kitab Taurat lalu membacakannya hingga ketika mereka sampai pada ayat rejam, pemuda yang membaca itu meletakkan tangannya di atas ayat rejam itu dan hanya membaca ayat yang sebelum dan sesudahnya. Lalu Abdullah bin Salam yang ikut bersama Rasulullah S.A.W berkata kepada beliau: Perintahkanlah ia untuk mengangkat tangannya. Pemuda itu lalu mengangkat tangannya dan setengah di bawah tangannya itu adalah ayat rejam. Kemudian Rasulullah S.A.W memerintahkan keduanya penzina itu dirajam. Lebih lanjut Abdullah Ibn Umar berkata: Aku termasuk orang yang merejam mereka berdua. Aku melihat yang laki-laki melindungi yang perempuan dari lemparan batu dengan dirinya sendiri. - Riwayat Muslim Hadis di atas secara tidak langsung menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak mempunyai apa-apa masalah untuk melaksanakan hukum rejam yang termaktub di dalam Taurat kerana hukum tersebut selari dengan ajaran Islam. Mengapakah Rasulullah S.A.W tidak menghalang Ibn Umar daripada merejam penzina tersebut jika benar mengambil dan melaksanakan ayat daripada kitab lain adalah dilarang?
"Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka." (Sahih Bukhari, Hadis 3461) Ulama' telah mengeluarkan disiplin ilmu berkenaan perkara-perkara yang diambil daripada sumber Israilliyyat (Yahudi & Kristian). Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah: Israilliyyat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian: Pertama: Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih.Contoh: Riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa A.S ialah Khidir. Umur Nabi Adam A.S ketika baginda wafat, hukum-hukum agama seperti rejam kepada penzina.Ini juga termasuklah akhlak-akhlak yang baik. Kedua: Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan As-Sunnah.Contoh: Cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat dengan dosa besar seperti meminum arak, berzina dan membunuh.Keadaan fizikal Nabi Ayyub A.S ketika dia didatangi penyakit. Ketiga: Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya (maskut anhu).Tidak dijelaskan Al-Quran & As-Sunnah.Contoh: Riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah Bani Israil." Islam tidak mempunyai masalah pada pembahagian pertama kerana disokong oleh Al-Quran & As-Sunnah. Islam menolak pembahagian kedua kerana bercanggah dengan Al-Quran & As-Sunnah. Manakala untuk pembahagian ketiga, Islam memilih untuk berdiam (Keep In View, KIV). - (Ibnu Taimiyyah,Muqaddimah Dalam Usul Tafsir, m/s 100. Penjelasan dibuat oleh penulis blog ini.) Berbalik kepada dialog yang digunakan dalam drama Jelatang. Dimanakah ayat Gospel of Luke 11:11-12 akan diletak daripada tiga pembahagian di atas? Penulis 'Satuhala' mengatakan ayat ini menceritakan bahawa bagaimana God the Father (Tuhan Bapa) menyayangi anak-anakNya. Ini juga dapat membawa kepada rosaknya aqidah seseorang jika silap haribulan. Untuk pengetahuan semua ayat tersebut langsung tidak menyentuh konsep ketuhanan agama Kristian. Ayat tersebut menceritakan bagaimana sayangnya Tuhan kepada anak-anakNya. Lalu Jesus Christ memberikan analogi bagaimanakah kasihnya seorang bapa kepada anaknya. Seorang bapa tidak mungkin akan membahayakan anaknya dengan memberikan ular atau kala jengking, sedangkan anaknya itu meminta makanan. Ini adalah kasih sayang dan akhlak seorang bapa kepada anaknya. Adakah kasih sayang seorang bapa kepada anaknya bertentangan dengan ajaran Islam? Jika nilai-nilai kemanusiaan boleh diambil daripada penulisan Confucius, mengapa nilai kemanusian yang diceritakan oleh Jesus Christ di dalam Bible tidak boleh diterima? Nilai kemanusiaan langsung tidak mengganggu aqidah seseorang Muslim. Al-Quran & As-Sunnah adalah dua sumber paling tinggi disisi Islam. Dua sumber ini merupakan 'benchmark' atau kayu ukur kepada sesuatu kebenaran. Jika terdapat ayat di dalam Bible,Vedas dan Kitab Buddha yang selari dengan Al-Quran & As-Sunnah adakah salah kita menggunakannya? Ada satu ayat di dalam Bible yang digunakan Jesus Christ, Gospel of John 8:32 "Seek the truth and the truth and the truth will set you free" Bukankan ayat ini sama seperti dengan Surah Al-Hujraat ayat 6. Kedua-dua ayat tersebut menyuruh agar manusia mencari kebenaran.Saya bersetuju jika ada orang mengatakan, mengapa tidak digunakan ayat daripada Al-Quran & As-Sunnah sahaja di dalam dialog tersebut. Adakah Al-Quran & As-Sunnah tidak cukup? Al-Quran & As-Sunnah sudah cukup bagi manusia.Apa yang cuba disampaikan adalah, janganlah kita terlalu memandang sesuatu perkara itu secara sempit dan jangan terlalu pantas membuat kesimpulan terhadap sesuatu yang kita belum pasti. Jika dialog drama Jelatang menggunakan ayat yang mengandungi unsur-unsur ketuhanan selain yang ada di dalam Islam (sedangkan watak tersebut adalah seorang Islam), saya menyokong jika penulis 'Satuhala' ingin melakukan pencerahan. Kerana di dalam hal aqidah, kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak. Sebelum saya mengakhiri posting kali ini, saya mendapati komen-komen daripada pembaca posting 'Satuhala' dan Cari.com bagai menyalahkan penulis skrip tersebut. Mengapa mesti beliau menggunakan ayat daripada Bible ke dalam dialog tersebut? Persoalan yang ingin saya timbulkan adalah, bagaimana jika beliau tidak pernah membaca Bible, tidak ada keinginan untuk memasukkan ayat tersebut dan dia tidak tahu ayat yang digunakan untuk dialog itu adalah berasal daripada Bible? Mungkin penulis skrip tersebut pernah terbaca ayat Gospel of Luke 11:11-12 tersebut daripada buku motivasi keluarga yang dibelinya (dimana buku motivasi itu ditulis oleh pengarang Kristian), lalu ketika menulis skrip untuk drama Jelatang, beliau merasakan ayat tersebut sesuai untuk "scene" dalam drama tersebut tanpa menyedari ayat tersebut berasal daripada Bible. Adakah wujud kemungkinan seperti ini? Fikirkanlah. Saya tidak berpihak kepada sesiapa. Saya cuma berpihak kepada kebenaran, iaitu Islam. Cuma saya berasa amat sedih atas apa yang menimpa penulis skrip tersebut. Saya juga tidak sesekali mahu mencari musuh dengan mana-mana pihak. Penulis 'Satuhala' adalah penulis yang baik.Penulisan beliau penuh dengan analogi dan dalil (inilah yang terbaik!). Saya merasakan banyak ilmu yang dapat saya dan penulis 'Satuhala' kongsi antara satu sama lain kerana saya merasakan kami berdua mempunyai minat yang lebih kurang sama. Saya juga percaya penulis 'Satuhala' turut bersimpati dengan apa yang menimpa penulis skrip tersebut setelah membaca posting ini. Sama-sama kita berdoa agar penulis skrip tersebut dapat melalui saat genting ini dan mendapat kembali kerja beliau agar ibu tunggal ini dapat meneruskan hidup sebagai Muslim bersama anak-anak yang beliau sayangi. Apa yang ditulis disini tidak penting, apa yang ditulis penulis 'Satuhala' tidak penting. Apa yang penting adalah kebenaran disebalik perkara ini.Wallhua'alam. P/S: Credit to Bro.Yussamir for helping to find the hadith
Posted at 04:34 am by Theophilus
Permalink
Tuesday, December 26, 2006
SIAPAKAH PENULISNYA?
Semasa melayari internet, saya telah pergi ke blog Al-Isra' untuk membaca posting terbaru kumpulan tersebut.Saya membaca satu artikel menarik yang ditulis oleh sahabat saya yang juga merupakan salah seorang penulis di AFI. Artikel itu bertajuk, "Mari Baca Quran". Artikel itu menerangkan "siapakah" Al-Quran, apakah fungsinya dan siapa yang menulisnya. Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa [2:2], merupakan nur cahaya yang akan menerangi manusia menelusuri jalan-jalan kehidupan [10:57].
Namun yang paling penting adalah, siapakah yang menulis Al-Quran? Ini merupakan kritiria yang paling penting sekali. Jika sesebuah buku yang ditulis tidak mempunyai penulis atau diragui siapakah penulisnya, maka masalah plagiarisme (cetak rompak penulisan) mudah untuk berlaku. Lebih-lebih lagi jika buku itu adalah buku yang menjadi panduan hidup manusia. Al-Quran berkali-kali memberitahu bahawa Allah S.W.T yang menurunkan Al-Quran kepada manusia:
"Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai kepada kamu bukti kebenaran daripada Tuhanmu (Muhammad), dan telah Kami turunkan cahaya yang terang benderang (Al-Quran)" [4:174]
Sebagai seorang Islam saya percaya dengan yakin bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T dan keyakinan ini bertambah dengan wujudnya fakta-fakta sains di dalam Al-Quran. Namun bagi seorang yang mempelajari Bible (dengan tujuan perbincangan), hingga hari ini saya tertanya-tanya siapakah penulis Bible yang sebenar. Inilah yang akan dibincangkan hari ini, tentang siapakah penulis Bible yang sebenar?
Bible datang daripada perkataan Greek "BIBLOS" yang bermaksud himpunan buku-buku. Bible merupakan satu set buku-buku yang dijilid (compile) bersama. Oleh yang demikian adalah salah jika ada pihak mengatakan bahawa Bible adalah Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa (Jesus Christ) A.S.Bible BUKAN Injil!
Untuk pengetahuan ramai, Bible ditulis oleh penulis manusia yang diinspirasikan (inspired) oleh Holy Spirit (salah satu tuhan di dalam Trinity). Holy Spirit akan memberitahu kepada penulis apa yang patut ditulis (isi kandungan) manakala penulis akan menulisnya menggunakan perkataan sendiri. Penulis-penulis yang diinspirasikan Holy Spiriti inilah yang menulis Bible.
Persoalan yang timbul sekarang, bagaimana kita dapat mengetahui bahawa penulis-penulis ini tidak menyeleweng daripada tulisan mereka? Bagaimana pula jika buku-buku di dalam Bible seperti Matthew, Mark, Luke dan John bukan ditulis oleh Matthew, Mark, Luke dan John? Bart D. Ehrman seorang pensyarah Bahagian Pengajian Keagamaan di University North Carolina berkata:
"It (Bible) was written by different human authors at different times and in different places to address different needs. Many of this authors no doubt felt they we inspired by God to say what they did, but they had their own perspectives, their on beliefs, theirs own views, theirs own needs, theirs own desire, their own understandings, their own theologies; and these perspectives, beliefs, views, needs, desire, understandings, and theologies informed everything they said. In all these ways they differed from one another. Among other things, this meant that Mark did not say the same thing that Luke said because he didn't mean the same thing as Luke. John is different from Matthew - not the same. Paul is different from Acts. And James is different from Paul. Each author is a human author and needs to be read for what he (assuming they were all men) has to say, not assuming that what he says is the same, or comfortable to, or consistent with what every other authors has to say. The Bible, at the end of the day, is a very human book." [Bart D.Ehrman, Misquoting Jesus:The Story Behind Who Changed The Bible & Why, ms 12]
Sebenarnya hingga ke hari ini, dunia Christian masih tidak dapat memberitahu siapakah penulis-penulis Bible.Ini ditambah dimana Bible "mengaku" bahawa kandungannya telah mengalami pengubahsuaian dan telah bercampur dengan undang-undang buatan manusia.
"How can you say, 'We are wise, and the law of the Lord is with us'? But, behold, the false pen of the scribes has made it (i.e. The Bible) into a lie." [Jeremiah 8:8, RSV] Seterusnya, jika penulisnya sendiri tidak dapat dipastikan, bagaimana kita hendak mengakui Bible datang daripada Tuhan? Untuk berlaku adil, saya akan menggunakan sumber-sumber Christian bagi menyokong artikel ini.Berikut adalah penilaian artikel kali ini:
GOSPEL OF MARK
"Although there is no direct internal evidence of authorship, it was the unanimous testimony of the early church that this Gospel was written by John Mark (Mark). (NIV Bible Commentary, page 1488)"
*Perkataan Mark di dalam kurungan ditambah oleh penulis.
Secara realiti kita tidak tahu siapakah yang menulis Gospel Of Mark. Memandangkan Gospel Of Mark ditulis sekitar 150-300 AC, bagaimana kita dapat mengetahui bahawa Gospel Of Mark tidak ditulis oleh penyokong-penyokong Mark? Lihat gambar dibawah:
Ayat di atas dibaca: "The most reliable early manuscript and other ancient witnesses do not have Mark 16:9-20" Apakah yang dimaksudkan dengan "early manuscript"? Jika ayat Mark 18:9-20 tiada di dalam manuskrip awal (Christian tidak mempunyai salinan asal Bible.Mereka hanya mempunyai manuskrip awal), dari mana datang ayat tersebut? Apakah yang dimaksud dengan "ancient witnesses"? Bagaimana kita hendak percaya bahawa saksi-saksi ini tidak memutar-belitkan fakta?
Komentar seterusnya tentang ayat Mark 16:9-20:
"Serious doubts exists as to whether these verses belong to the Gospel of Mark. They are absent from important early manuscripts and display certain peculiarities of vocabulary, style and theological content that are unlike the rest of Mark. His Gospel probably ended at 16:8, or its original ending has been lost. (NIV Bible Foot Notes, page 1528)"
Kita menanti penerangan yang munasabah dari orang Christian dan bukannya bangkangan penuh emosi serta tidak logik.
THE BOOK OF ACTS
"Although the author does not name himself, evidence outside the Scriptures and inferences from the book itself lead to the conclusion that the author was Luke. (From the NIV Bible Commentary, page 1643)"
THE GOSPEL OF LUKE
Terdapat satu ayat di dalam Gospel Of Luke yang agak menarik (menarik kerana menunjukkan kelemahan buku ini)
"Therefore, since I myself have carefully investigated everything from the beginning, it seemed good also to me to write an orderly account for you, most excellent Theophilus." [Luke 1:3]
ANALISIS PERTAMA: Penulis ini tidak diispirasi dan dia tahu dia tidak diinspirasi oleh Holy Spirit untuk menulis buku ini kerana dia langsung tidak menyebutnya, malah dia menyebut; "...since I myself have carefully investigated everything from the beginning..." Dimana kita melihat inspirasi Tuhan di dalam ayat ini?
ANALISIS KEDUA: Penulis menulis bertujuan untuk orang atasannya - "his most excellent Theophilus." Sejak bila penulis buku ini mendokumenkan kata-kata Tuhan dengan tujuan untuk diberi kepada orang atasan dan bukannya untuk disebarkan manusia? Bagai hendak mendapatkan tender!
"The author's name does not appear in the book, but much unmistakable evidence points to Luke. (NIV Bible Commentary, page 1529)"
Bagaimana jika tersilap?
THE BOOK OF HEBREWS
"The writer of this letter does not identify himself, but he was obviously well known to the original recipients. (NIV Bible Commentary, page 1856)"
Adakah hanya kerana penulisnya dikenali ramai maka penulisannya merupakan kata-kata Tuhan?
THE GOSPEL OF JOHN
"The author is the apostle John, 'the disciple whom Jesus loved' (13:23; 19:26; 20:2; 21:7, 20,24). He was prominent in the early church but is not mentioned by name in this Gospel--which would be natural if he wrote it, but hard to explain otherwise. (NIV Bible Commentary, page 1588)"
Saya akan menulis satu artikel khas tentang Gospel Of John kerana terdapat banyak keraguan di dalam Gospel of John, insyaAllah.
1 EPISTLE JOHN
"....Unlike most New Testament letters, 1 John does not tell us who its author is. The earliest identification of him comes from the church fathers...(NIV Bible Commentary, page 1904)"
Saya berasa pelik, jika Christian tidak mengetahui siapa penulisnya, kenapa mengatakan John yang menulisnya?
"The letter is difficult to date with precision....(NIV Bible Commentary, page 1905)"
THE BOOK OF ROMANS
"The writer of this letter was the apostle Paul (see 1:1). No voice from the early church was ever raised against his authorship. (NIV Bible Commentary, page 1705)"
Lihat bagaimana buku ini memberitahu siapa penulisnya dan tiada keraguan yang timbul daripada Christian. Tidak seperti buku-buku lain yang hanya diandaikan penulisnya. Tetapi kenapa mesti kita ambil perbualan Paul (banyak perbualan yang ditulis oleh Paul di dalam bukunya) dengan orang lain sebagai kata-kata Tuhan? Paul bertengkar dengan St.Peter dan mengatakan St.Peter salah [2:11-12] dan Paul berhujah panjang dengan St.Barnabas [Acts 15:36-39]. Adakah Tuhan melebihkan Paul daripada Barnabas dan Peter (kedua-dua mereka merupakan pengikut Jesus Christ) dan menginspirasikan Paul dengan kata-kata Tuhan semasa bertengkar dengan mereka? Penulis rasa tidak! Paul sendiri mengaku bahawa dia tidak diinspirasi sepenuh masa oleh Tuhan [1 Corinthians 7:25-30]
THE BOOK OF PHILIPPIANS
"The early church was unanimous in its testimony that Philippians was written by the apostle Paul (see 1:1). Internally the letter reveals the stamp of genuineness. The many personal references of the author fit what we know of Paul from other NT books. (NIV Bible Commentary, page 1803)"
Sekali lagi Christian tidak pasti siapakah yang menulis buku ini.
THE BOOK OF REVELATION
"Four times the author identifies himself as John (1:1,4,9; 22:8).....In the third century, however, an African bishop named Dionysius compared the language, style and thought of the Apocalypse (Revelation) with that of the other writings of John and decided that the book could not been written by the apostle of John. He suggested that the author was a certain John the Presbyter, whose name appears elsewhere in ancient writings. Although many today follow Dionysius in his view of authorship, the external evidence seems overwhelmingly supportive of the traditional view. (NIV Bible Commentary, page 1922)"
THE BOOK OF 1 & 2 THESSALONIANS
"Paul's authorship of 2 Thessalonians has been questioned more often than that of 1 Thessalonians, in spite of the fact that it has more support from early Christian writers. (NIV Bible Commentary, page 1829)"
Secara dasarnya kita tidak tahu siapa yang menulis kedua-dua buku ini. Jika Paul yang menulis sekalipun tidak membuatkan kedua-dua buku ini menjadi kata-kata Tuhan memandangkan Paul tidak diinspirasi sepenuh masa. Mungkin Paul menulis semasa tidak diinspirasi?
THE BOOK OF GENESIS
"Historically, Jews and Christians alike have held that Moses was the author/compiler of the first five books of the OT. These books, known also as the Pentateuch (meaning "five-volumed book"), were referred to in Jewish tradition as the five fifths of the law (of Moses). The Bible itself suggests Mosaic authorship of Genesis, since Ac 15:1 refers to circumcision as "the custom taught by Moses," an allusion of Ge 17. However, a certain amount of later editorial updating does appear to be indicated (see, e.g notes on 14:14; 36:31; 47:11). (NIV Bible Commentary, page 2)"
THE BOOK OF NUMBERS
"It is not necessary, however, to claim that Numbers came from Moses' hand complete and in final form. Portions of the book were probably added by scribes or editors from later periods of Israel's history. For example, the protestation of the humility of Moses (12:3) would hardly be convincing if it came from his own mouth. (NIV Bible Commentary, page 183)"
Saya rasa kenyataan ini cukup jelas bahawa ada orang yang menambah "kata-kata Tuhan" ini. Adakah patut kita menerimanya?
THE BOOK OF DEUTRONOMY
"The book itself testifies that, for the most part, Moses wrote it (1:5; 31:9,22,24), and other OT books agree (1Ki 2:3, 8:53; 2ki 14:6; 18:12)--though the preamble (1:1-5) may have been written by someone else, and the report of Moses' death (ch.34) was almost certainly written by someone else. (NIV Bible Commentary, page 240)"
Tanpa keraguan lagi Moses (Musa) bukanlah satu-satunya penulis buku ini. Tidak mungkin dia menulis tentang kematiannya sendiri di dalam buku ini. Sebuah lagi buku yang dicemari tangan-tangan manusia. Bagaimana orang Christian menegaskan bahawa Deutronomy sememangnya adalah buku yang diinspirasikan oleh Tuhan sepenuhnya?
THE BOOK OF JOSHUA
"It seems safe to conclude that the book, at least in its early form, dates from the beginning of the monarchy. Some think that Samuel may have had a hand in shaping or compiling the materials of the book, but in fact we are unsure who the final author or editor was. (NIV Bible Commentary, page 286)"
THE BOOK OF JUDGES
"Although, according to tradition, Samuel wrote the book, authorship is actually uncertain." "The date of the composition is also unknown, but it was undoubtedly during the monarchy." (Bible Commentary, page 322).
THE BOOK OF RUTH
"The author is unknown. Jewish tradition points to Samuel, but it is unlikely that he is the author because the mention of David (4:17,22) implies a later date. (NIV Bible Commentary, page 360)"
THE BOOKS OF 1 & 2 SAMUEL
"Many questions have arisen pertaining to the literary character, authorship and date of 1,2 Samuel." "Who the author was cannot be known with certainty since the book itself gives no indication of his identity." (NIV Bible Commentary, page 368).
Sejak bila kita mengambil cerita buatan manusia sebagai kata-kata Tuhan? Jika penulisnya sendiri tidak dapat dipastikan bagaimana kita hendak memastikan buku ini adalah "kata-kata Tuhan"?
THE BOOKS 1 & 2 KINGS
"There is little conclusive evidence as to the identity of the author of 1,2 Kings." "Whoever the author was, it is clear that he was familiar with the book of Deuteronomy." (NIV Bible Commentary, page 459).
Lihat ayat yang dimerahkan. "Whoever the author was..." ? Apakah respon yang patut kita ambil?
THE BOOKS OF 1 & 2 CHRONICLES
"According to ancient Jewish tradition, Ezra wrote Chronicles, Ezra and Nehemiah (see Introduction to Ezra: Literary Form and Authorship), but this cannot be established with certainty. (NIV Bible Commentary, page 569)"
Penuh dengan keraguan!
THE BOOK OF ESTHER
"Although we do not know who wrote the book of Esther, from internal evidence it is possible to make some inferences about the author and the date of composition. (NIV Bible Commentary, page 707)"
THE BOOK OF JOB
"Although most of the book consists of the words of Job and his counselors, Job himself was not the author." "The unknown author probably had access to oral and/or written sources...."(NIV Bible commentary, page 722).
Saya meminta maaf terlebih dahulu kerana amat melucukan buku ini bertajuk "The Book Of Job" tetapi bukan Job yang menulisnya. Penulis rasa mana-mana orang yang memahami bahasa Inggeris dapat mengetahui jika buku ini bertajuk "The Book Of Job" semestinya tanpa keraguan Joblah yang menulisnya. Namun tiada seorang pun di dunia ini dapat memastikan siapakah penulis buku ini. Yang menyedihkan buku ini diterima sebagai "kata-kata Tuhan".
THE BOOK OF PSALM
"Regarding authorship, opinions are even more divided. The notations themselves are ambiguous since the Hebrew phraseology used, meaning in general "belonging to", an also be taken in the sense of "concerning" or "for the use of" or "dedicated to". The name may refer to the title of a collection of Psalms that had been gathered under a certain name. (NIV Bible Commentary, page 773)"
"The Psalms consist of one hundred fifty poems of Israel written at different times by different authors, though mainly by David, around 1000 B.C...Because of the vast range of human feelings expressed in the Psalms, this book remains one of the best loved and most used books of the Bible. (King James Version Bible Commentary, page 801)"
NIV & KJV Bibles' Commentaries jelas menerangkan bahawa buku ini ditulis oleh sejumlah penulis. Bagaimana hendak dipastikan kesemua penulis ini adalah nabi-nabi yang diutuskan dan lebih penting lagi bagaimana hendak dipastikan penulis ini diispirasi oleh Holy Spirit? Tangan-tangan manusia bercampur merosakkan "kata-kata Tuhan" entah kali yang keberapa.
THE BOOK OF PROVERBS
"Although the book begins with a title ascribing the proverbs to Solomon, it is clear from later chapters that he was not the only author of the book. (From the NIV Bible Commentary, page 935)"
Boleh sesiapa memberitahu siapakah seorang lagi penulis (mungkin lebih daripada seorang) buku ini? Adakah Tuhan memastikan penulis ini diinspirasi? Ini adalah soalan yang adil kepada dunia Christian.
THE BOOK OF ECCLESIASTES
"No time period or writer's name is mentioned in the book, but several passages strongly suggest that King Solomon is the authors. On the other hand, the writer's title, his unique style of Hebrew and his attitude toward rulers may point to another person and a later period. (NIV Bible Commentary, page 988)"
Adakah Solomon menulisnya atau tidak? Jika benar Solomon yang menulisnya, buktikan! Lagi satu persoalan yang timbul, adakah ini benar-benar "kata-kata Tuhan" kepada Solomon? Atau sekadar tulisan peribadinya?
THE BOOK OF SONG OF SONGS/SONG OF SOLOMON
"Verse 1 appears to ascribe authorship to Solomon. Solomon is referred to seven times, and several verses speak of the 'king', but whether he was the author remains an open question. (NIV Bible Commentary, page 997)"
"Two lovers, Solomon and a Shulamite girl, express their feelings for one another, with occasional comments made by friends. (King James Version Commentary, page 945)"
Saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Namun penulis mencadangkan pembaca yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk membaca buku ini. Adakah tulisan di dalam buku ini boleh diterima sebagai "kata-kata Tuhan"? Song Of Songs boleh dibaca disini.
THE BOOK OF LAMENTATIONS
"Although Lamentations is anonymous and we cannot be certain who wrote it, ancient Jewish and Christian tradition ascribes it to Jeremiah. (NIV Bible Commentary, page 1207)"
KESIMPULAN
Saya melontarkan dua cabaran kepada dunia Christian iaitu:
- Buktikan buku-buku di dalam Bible adalah kata-kata Tuhan yang sahih.
- Buktikan penulis sebenar buku-buku di dalam Bible dan tulisannya tidak diubah.
Terus terang saya katakan cabaran ini agak sukar hendak dibuktikan. Oleh yang demikian, biarlah penulis membantu menjawab sebahagian daripada soalan kedua (soalan satu hendaklah dijawab orang Christian kerana penulis tidak beriman dengan Bible) yang dilontarkan dengan menggunakan CATHOLIC ENCYCLOPEDIA:
TRANSMISSION OF THE TEXT
No book of ancient times has come down to us exactly as it left the hands of its author--all have been in some way altered. The material conditions under which a book was spread before the invention of printing (1440), the little care of the copyists, correctors, and glossators for the text, so different from the desire of accuracy exhibited to-day, explain sufficiently the divergences we find between various manuscripts of the same work. To these causes may be added, in regard to the Scriptures, exegetical difficulties and dogmatical controversies. To exempt the scared writings from ordinary conditions a very special providence would have been necessary, and it has not been the will of God to exercise this providence. More than 150,000 different readings have been found in the older witnesses to the text of the New Testament--which in itself is a proof that Scriptures are not the only, nor the principal, means of revelation. In the concrete order of the present economy God had only to prevent any such alteration of the sacred texts as would put the Church in the moral necessity of announcing with certainty as the word of God what in reality was only a human utterance. Let us say, however, from the start, that the substantial tenor of the sacred text has not been altered, not withstanding the uncertainty which hangs over some more or less long and more or less important historical or dogmatical passages. Moreover--and this is very important--these alterations are not irremediable; we can at least very often, by studying the variants of the texts, eliminate the defective readings and thus re-establish the primitive text. This is the object of textual criticism
Kesimpulan artikel ini? Buatlah kesimpulan anda sendiri :-)
Posted at 07:08 pm by Theophilus
Permalink
"SAUDARA PEREMPUAN" HARUN
Artikel kali ini adalah untuk membuat pencerahan terhadap ayat Quran dari surah Maryam ayat 27-28 yang telah disalah fahami oleh Christian Missionaries (CM).Ayat tersebut adalah:
"Kemudian baliklah dia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Mariam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!" [19:27-28]
CM mengatakan ayat di atas mempunyai percanggahan kerana Mariam dipanggil sebagai "Saudara Perempuan" Harun. Artikel tidak tepat yang ditulis oleh Christian Missionaries ini boleh dibaca disini. Sebenarnya CM sudah keliru dengan diri mereka sendiri namun mereka masih tidak mahu bertanya kepada ahli ilmu.FirmanNya:
"Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." [16:43]
Oleh itu eloklah pencerahan dilakukan bagi membantu CM menghilangkan kekeliruan mereka secara tidak langsung menutup pintu kekeliruan atau fitnah yang bakal ditimbulkan oleh orang-orang yang membenci Islam.Semuanya bermula semasa zaman Baginda S.A.W dimana orang Christian dari Najran menimbulkan bantahan yang sama kepada Baginda S.A.W.Namun persoalan ini telah dijawab oleh Rasulullah S.A.W dan jawapan Baginda ini telah dinukil di dalam Sahih Muslim. Hadith itu berbunyi:
Mughirah ibn Shu'bah berkata: Semasa aku datang ke Najran, mereka (orang Christian Najran) bertanya kepada aku: Kamu membaca "Wahai saudara perempuan Harun" (i.e. Maryam) di dalam Quran, sedangkan Musa A.S lahir lebih lama daripada Isa A.S. Apabila aku pulang kepada Rasulullah S.A.W aku bertanya kepadanya tentang bantahan itu, dimana Baginda S.A.W berkata: Masyarakat zaman terdahulu gemar memberi nama kepada orang-orang mereka menggunakan nama-nama para nabi dan juga orang-orang beriman yang telah meninggal sebelum mereka. [Sahih Muslim hadith no 5326]
Dengan mengukur penggunaan tatabahasa Arab dan konteks ayat tersebut, dakwaan percanggahan oleh CM ini adalah satu kesilapan yang besar.Di dalam bahasa Arab perkataan akhun atau ukthun (yang digari merah di atas) membawa dua maksud:
1.Saudara lelaki atau perempuan yang mempunyai hubungan darah
2.Persaudaraan di dalam keimanan (brotherhood in faith)
Ayat 28 surah Maryam menggunakan perkataan ukhtun mempunyai maksud yang kedua. Ini bukanlah perkara luar biasa di dalam Quran kerana penggunaan seperti ini terdapat merata di dalam Quran. Contoh yang lain adalah seperti berikut:
"Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya?" [7:65]
"Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya." [7:73]
"Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Dia berkata: Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya." [7:85]
Ketiga-tiga ayat di atas menggunakan perkataan saudara mengikut maksud yang kedua. Ayat di bawah membawa maksud yang lebih umum:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [49:10]
Ayat di atas menerangkan bahawa orang beriman adalah bersaudara antara satu sama lain.
George Sale di dalam terjemahan Qurannya berkata:
"From the identity of names it has been generally imagined by Christian writers that the Koran here confounds Mary the mother of Jesus with Mary of Miriam, the sister of Moses and Aaron; which intolerable anachronism, if it were certain, is sufficient of itself to destroy the pretended authority of this book. But though Mohammed may be supposed to have been ignorant enough in ancient history and chronology, to have committed so gross a blunder; yet I do not see how it can be made out from the words of the Koran. For it does not follow, because two persons have the same name, and have each a father and brother who bear the same names, that they must therefore necessarily be the same whereby it manifestly appears that Mohammed well knew and asserted that Moses preceded Jesus several ages. And the commentators accordingly fail not to tell us, that there had passed about one thousand eight hundred years between Amran the father of Moses and Amrean the father of the Virgin Mary: they also make them the sons of different persons; the first, they say, was the son of Yeshar, or Izhar (though he was really his brother) the son of Kahath, the son of Levi; and the other was the son of Matthan, whose genealogy they trace, but in a very corrupt and imperfect manner, up to David and thence to Adam. It must be observed that though the Virgin Mary is called in the Koran, the sister of Aaron, yet she is nowhere called the sister of Moses." [George Sale, The Koran, IX Edition of 1923, London, ms 38]
Mungkin CM tidak sedar atau mungkin tidak tahu bahawa di dalam Bible juga ada ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama.Sebagai contoh:
"In the days of Herod, King of Judea, there was a priest named Zechari'ah, of the division of Abi'jah; and he had a wife of the daughters of Aaron, and her name was Elizabeth" [Luke 1:5, RSV]
Elizabeth dipanggil sebagai anak perempuan Aaron (Harun). Adakah Elizabeth anak perempuan Aaron yang sebenar? Sepanjang membaca Bible yang diimani orang Christian, saya tidak pernah menjumpai mana-mana ayat yang mengatakan bahawa Elizabeth adalah anak perempuan Aaron yang sebenar! Bagaimana pula dengan ayat ini?
And the crowds that went before him and that followed him shouted, "Hosanna to the Son of David! Blessed is he who comes in the name of the Lord! Hosanna in the highest!" [Matthew 21:9, RSV]
Adakah Jesus (Isa) anak lelaki David (Daud)? Sekali lagi saya yakin tidak.Jika CM mengatakan bahawa Jesus adalah dari keturunan David sekali pun, kenyataan itu tetap salah kerana Jesus tidak mempunyai bapa.Jadi bagaimana Jesus datang daripada keturunan David? Sila baca Matthew 1 dan Luke 3 untuk melihat keturunan/salah silah Jesus menurut Bible (sukar bagi saya untuk menerima bagaimana manusia yang tidak mempunyai bapa tetapi mempunyai salah silah keluarga/geneology) Jika ayat-ayat di dalam Bible ini di ambil secara literally, maka Bible juga mempunyai percanggahan. Tuduhan CM akan kembali kepada mereka semula.
Saya tertanya-tanya, apakah tujuan yang cuba dilakukan oleh CM sebenarnya? Adakah untuk mencari kebenaran atau membuat penipuan. Jika benarlah ajaran Jesus Christ yang dipercayai oleh orang Christian adalah benar, kenapa CM perlu menimbulkan kekeliruan tentang ajaran Islam dan bukannya menyebar ajaran Jesus Christ? Bukankah ajaran Jesus Christ adalah ajaran yang betul menurut CM? Mengapa tidak disebarkan yang benar? Yang benar pasti akan menutup yang salah. Mungkin CM lupa akan kata-kata Jesus Christ di dalam Bible:
"Search for the truth and the truth will set you free" [John 8:32]
CM memburukkan dan menimbulkan fitnah terhadap agama lain bagi menyebarkan agama Christian.Memburukkan sesuatu bukanlah salah satu jalan untuk mencari kebenaran.Bagi saudara-saudara saya yang Muslim, usahlah gentar terhadap fitnah dan penipuan yang dilakukan ini kerana terdapat jawapan bagi setiap penyelewengan mereka ini.Allah S.W.T lebih mengetahui.
Posted at 12:57 pm by Theophilus
Permalink
|