VISITOR NO
 ski Counter
SEARCH ARCHIVES
SHOUTBOX!
|
 |
Tuesday, December 26, 2006
"SAUDARA PEREMPUAN" HARUN
Artikel kali ini adalah untuk membuat pencerahan terhadap ayat Quran dari surah Maryam ayat 27-28 yang telah disalah fahami oleh Christian Missionaries (CM).Ayat tersebut adalah:
"Kemudian baliklah dia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Mariam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!" [19:27-28]
CM mengatakan ayat di atas mempunyai percanggahan kerana Mariam dipanggil sebagai "Saudara Perempuan" Harun. Artikel tidak tepat yang ditulis oleh Christian Missionaries ini boleh dibaca disini. Sebenarnya CM sudah keliru dengan diri mereka sendiri namun mereka masih tidak mahu bertanya kepada ahli ilmu.FirmanNya:
"Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." [16:43]
Oleh itu eloklah pencerahan dilakukan bagi membantu CM menghilangkan kekeliruan mereka secara tidak langsung menutup pintu kekeliruan atau fitnah yang bakal ditimbulkan oleh orang-orang yang membenci Islam.Semuanya bermula semasa zaman Baginda S.A.W dimana orang Christian dari Najran menimbulkan bantahan yang sama kepada Baginda S.A.W.Namun persoalan ini telah dijawab oleh Rasulullah S.A.W dan jawapan Baginda ini telah dinukil di dalam Sahih Muslim. Hadith itu berbunyi:
Mughirah ibn Shu'bah berkata: Semasa aku datang ke Najran, mereka (orang Christian Najran) bertanya kepada aku: Kamu membaca "Wahai saudara perempuan Harun" (i.e. Maryam) di dalam Quran, sedangkan Musa A.S lahir lebih lama daripada Isa A.S. Apabila aku pulang kepada Rasulullah S.A.W aku bertanya kepadanya tentang bantahan itu, dimana Baginda S.A.W berkata: Masyarakat zaman terdahulu gemar memberi nama kepada orang-orang mereka menggunakan nama-nama para nabi dan juga orang-orang beriman yang telah meninggal sebelum mereka. [Sahih Muslim hadith no 5326]
Dengan mengukur penggunaan tatabahasa Arab dan konteks ayat tersebut, dakwaan percanggahan oleh CM ini adalah satu kesilapan yang besar.Di dalam bahasa Arab perkataan akhun atau ukthun (yang digari merah di atas) membawa dua maksud:
1.Saudara lelaki atau perempuan yang mempunyai hubungan darah
2.Persaudaraan di dalam keimanan (brotherhood in faith)
Ayat 28 surah Maryam menggunakan perkataan ukhtun mempunyai maksud yang kedua. Ini bukanlah perkara luar biasa di dalam Quran kerana penggunaan seperti ini terdapat merata di dalam Quran. Contoh yang lain adalah seperti berikut:
"Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya?" [7:65]
"Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya." [7:73]
"Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Dia berkata: Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya." [7:85]
Ketiga-tiga ayat di atas menggunakan perkataan saudara mengikut maksud yang kedua. Ayat di bawah membawa maksud yang lebih umum:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [49:10]
Ayat di atas menerangkan bahawa orang beriman adalah bersaudara antara satu sama lain.
George Sale di dalam terjemahan Qurannya berkata:
"From the identity of names it has been generally imagined by Christian writers that the Koran here confounds Mary the mother of Jesus with Mary of Miriam, the sister of Moses and Aaron; which intolerable anachronism, if it were certain, is sufficient of itself to destroy the pretended authority of this book. But though Mohammed may be supposed to have been ignorant enough in ancient history and chronology, to have committed so gross a blunder; yet I do not see how it can be made out from the words of the Koran. For it does not follow, because two persons have the same name, and have each a father and brother who bear the same names, that they must therefore necessarily be the same whereby it manifestly appears that Mohammed well knew and asserted that Moses preceded Jesus several ages. And the commentators accordingly fail not to tell us, that there had passed about one thousand eight hundred years between Amran the father of Moses and Amrean the father of the Virgin Mary: they also make them the sons of different persons; the first, they say, was the son of Yeshar, or Izhar (though he was really his brother) the son of Kahath, the son of Levi; and the other was the son of Matthan, whose genealogy they trace, but in a very corrupt and imperfect manner, up to David and thence to Adam. It must be observed that though the Virgin Mary is called in the Koran, the sister of Aaron, yet she is nowhere called the sister of Moses." [George Sale, The Koran, IX Edition of 1923, London, ms 38]
Mungkin CM tidak sedar atau mungkin tidak tahu bahawa di dalam Bible juga ada ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama.Sebagai contoh:
"In the days of Herod, King of Judea, there was a priest named Zechari'ah, of the division of Abi'jah; and he had a wife of the daughters of Aaron, and her name was Elizabeth" [Luke 1:5, RSV]
Elizabeth dipanggil sebagai anak perempuan Aaron (Harun). Adakah Elizabeth anak perempuan Aaron yang sebenar? Sepanjang membaca Bible yang diimani orang Christian, saya tidak pernah menjumpai mana-mana ayat yang mengatakan bahawa Elizabeth adalah anak perempuan Aaron yang sebenar! Bagaimana pula dengan ayat ini?
And the crowds that went before him and that followed him shouted, "Hosanna to the Son of David! Blessed is he who comes in the name of the Lord! Hosanna in the highest!" [Matthew 21:9, RSV]
Adakah Jesus (Isa) anak lelaki David (Daud)? Sekali lagi saya yakin tidak.Jika CM mengatakan bahawa Jesus adalah dari keturunan David sekali pun, kenyataan itu tetap salah kerana Jesus tidak mempunyai bapa.Jadi bagaimana Jesus datang daripada keturunan David? Sila baca Matthew 1 dan Luke 3 untuk melihat keturunan/salah silah Jesus menurut Bible (sukar bagi saya untuk menerima bagaimana manusia yang tidak mempunyai bapa tetapi mempunyai salah silah keluarga/geneology) Jika ayat-ayat di dalam Bible ini di ambil secara literally, maka Bible juga mempunyai percanggahan. Tuduhan CM akan kembali kepada mereka semula.
Saya tertanya-tanya, apakah tujuan yang cuba dilakukan oleh CM sebenarnya? Adakah untuk mencari kebenaran atau membuat penipuan. Jika benarlah ajaran Jesus Christ yang dipercayai oleh orang Christian adalah benar, kenapa CM perlu menimbulkan kekeliruan tentang ajaran Islam dan bukannya menyebar ajaran Jesus Christ? Bukankah ajaran Jesus Christ adalah ajaran yang betul menurut CM? Mengapa tidak disebarkan yang benar? Yang benar pasti akan menutup yang salah. Mungkin CM lupa akan kata-kata Jesus Christ di dalam Bible:
"Search for the truth and the truth will set you free" [John 8:32]
CM memburukkan dan menimbulkan fitnah terhadap agama lain bagi menyebarkan agama Christian.Memburukkan sesuatu bukanlah salah satu jalan untuk mencari kebenaran.Bagi saudara-saudara saya yang Muslim, usahlah gentar terhadap fitnah dan penipuan yang dilakukan ini kerana terdapat jawapan bagi setiap penyelewengan mereka ini.Allah S.W.T lebih mengetahui.
Posted at 12:57 pm by Theophilus
|